PENGENALAN OLAHRAGA
Perkembangan sukan dan permainan peringkat sekolah di Malaysia bermula sejak tahun 1960an lagi. Menurut Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), terdapat 23 jenis acara yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Kebanyakan acara sukan dan permainan ini juga akan dipertandingkan di peringkat negeri dan daerah. Di peringkat sekolah pula, salah satu acara suka yang wajib dianjurkan ialah olahraga.
Menurut International Association Athletics Federation (IAAF), antara acara-acara yang termasuk di dalam olahraga ialah acara balapan dan padang, merentas desa, larian jalan raya dan lumba jalan kaki. Bagi sukan olahraga sekolah di Malaysia, kejohanan sukan yang melibatkan olahraga telah dipecahkan kepada tiga iaitu kejohanan balapan dan padang (kejohanan olaharaga), kejohanan lari berganti-ganti dan kejohanan merentas desa.
Tujuan penulisan blog pendidikan ini ialah untuk memberi penerangan tentang contoh-contoh permainan kecil acara balapan dan padang yang boleh dijalankan di sekolah rendah. Permainan kecil yang diterangkan dalam blog ini merupakan fasa permulaan sebelum murid sekolah rendah didedahhkan dengan kemahiran-kemahiran asas yang melibatkan acara balapan dan padang.
Terdapat enam permainan kecil mengikut jenis acara balapan dan acara padang yang menjadi fokus dalam penulisan blog ini. Pemilihan jenis acara balapan dan padang yang dipilih adalah berdasarkan tajuk sukatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Berikut merupakan senarai permainan kecil dan acara balapan dan padang yang telah dipilih:
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

- Bomba Pantas (Balapan)
- Jaguh Melompat (Padang)
Tahun 5
- Lari Pecut dan Tukar (Balapan)
- Lontaran Strategik (Padang)
Tahun 6
- Lumba Jalan (Balapan)
- Johan Balingan (Padang)