ACARA LOMPAT JAUH
|
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlit cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara. Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.
Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.
Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7m 5cm.

ACARA LONTAR PELURU
|
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.

ACARA BALING TUKUL BESI
|
Lontar tukul besi ialah suatu acara olahraga di mana sebatang tukul besi dilontar sejauh mungkin. Di zaman Olimpik moden, tukul besi ini digantikan oleh sebiji bola besi berat yang dipasang dengan wayar dan pemegang.
Sejarah Perkembangan:
Sejarah Perkembangan:
- 1866 - Sejak tahun ini acara membaling tukul besi menjadi acara yang biasa dalam acara padang di England, Scotland dan Ireland. Pada tempoh ini tukul besi diperbuat daripada besi asli. Manakala penyambung adalah batang besi 3 dan 3 ½ kaki. Manakala pada ketika adalah penyambung adalah batng besi.Manakala berat tukul besi tidak dinyatakkan.
- 1875 - Berat tukul besi telah ditentukan.Iaitu 16 pound. Manakala panjang batang besi adalah 3 kaki 6 inci. Manakala ruang yang digunakan adalah 7 kaki diameter. Tetapi pernyataan ini tidak diterima oleh kebanyakkan negara. Lagipun pusingan badan tidak dinyatakan sebelum membaling tukul.
- 1887 - ”Ameteur Athletic Union of the United State” telah menetapkan 7 feet bulatan dan 16 pound berat tukul besi.
- 1895 - A.J Flengan dan Ireland menggunakan 3 lompat pusingan untuk membaling bola langkah ini digunakan para saringan-saringan seterusnya di kalangan antarabangsa.
- 1896 - Dengan menggunakan kaedah di atas dan mencipta rekod dari 147 feet ke 184 feet . Batang besi digantikkan dengan rantai besi untuk memudahkan pergerakan.
- 1900 - Acara melontar tukul besi dimasukkan dalam sukan olimpik dan mengalami perkembangan seterusnya
PERMAINAN KECIL ACARA PADANG
Terdapat tiga jenis permainan kecil yang boleh diaplikasikan di sekolah rendah bagi acara padang iaitu:
- Jaguh Melompat (Acara Lompat Jauh)
- Lontaran Strategik (Acara Lontar Peluru)
- Johan Balingan (Acara Baling Tukul Besi)